Bengkel Video Kreatif #Kesihatan
21 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 20 Ogos 2016 – Sempena pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016 yang dianjurkan bersama oleh MCMC dan Kementerian Kesihatan Malaysia, PI Linggi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Video selama 1 hari bagi memberi galakan kepada ahli-ahli PI untuk menyertai pertandingan tersebut.
Bengkel bermula pada jam 10.00 pagi dan dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Tenaga pengajar adalah dari PI Linggi sendiri iaitu, Pengurus- Puan Yusaini dan Penolong Pengurus- Puan Norhapidah.
Peserta dilihat amat teruja kerana berpeluang untuk belajar cara mengendalikan kamera DSLR dan berpeluang untuk melakukan pengambaran di beberapa kawasan menarik di sekitar Linggi. Ianya secara tidak lansung memberikan mereka peluang merasai pengalaman menjadi orang belakang tabir bagi sesuatu pengambaran di mana mereka turut di beri tugas sebagai director, script writer, sound man, editor, runner, actor dan sebagainya.
Bengkel bermula dengan Indoor Class di mana pelajar diajar tentang camera handling dan tips-tips penting sebelum pengambaran. Selepas beberapa pengambaran yang dilakukan secara outdoor. Peserta diminta untuk masuk ke kelas semula untuk menyudahkan proses editing, dubbing dan sebagainya. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: